Posts

Showing posts from July, 2022

Penganalisis Jangka Ekonomi Besar Dunia Meleset Pada 2023

Image
   Sumber Grafik :  Diplomatic Currier EKONOMI | Banyak ekonomi besar dunia bakal mengalami kemelesetan dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata Nomura Holdings Inc. Dalam nota penyelidikan ditulis bersama oleh ahli ekonominya, Rob Subbaraman dan Si Ying Toh berkata kemungkinan itu berpunca daripada dasar kerajaan diperketatkan dan kos sara hidup semakin meningkat, sekali gus mengheret ekonomi global terjerumus ke arah 'pertumbuhan perlahan secara serentak'. Nomura berkata, negara seperti Eurozone, United Kingdom (UK), Jepun, Korea Selatan, Kanada, Australia dan Amerika Syarikat (AS) akan terjerumus ke dalam kelemesetan. Katanya terdapat isyarat semakin jelas ekonomi dunia mengalami kelembapan pertumbuhan serentak, bermakna negara-negara tidak boleh lagi bergantung kepada peningkatan eksport untuk mencatatkan pertumbuhan. "Ini menyebabkan kami mengunjurkan kemeseletan di beberapa negara," kata Nomura. Firma penyelidikan itu berkata, tahap kedalaman kemelesetan berbeza