Posts

Penganalisis Jangka Ekonomi Besar Dunia Meleset Pada 2023

Image
   Sumber Grafik :  Diplomatic Currier EKONOMI | Banyak ekonomi besar dunia bakal mengalami kemelesetan dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata Nomura Holdings Inc. Dalam nota penyelidikan ditulis bersama oleh ahli ekonominya, Rob Subbaraman dan Si Ying Toh berkata kemungkinan itu berpunca daripada dasar kerajaan diperketatkan dan kos sara hidup semakin meningkat, sekali gus mengheret ekonomi global terjerumus ke arah 'pertumbuhan perlahan secara serentak'. Nomura berkata, negara seperti Eurozone, United Kingdom (UK), Jepun, Korea Selatan, Kanada, Australia dan Amerika Syarikat (AS) akan terjerumus ke dalam kelemesetan. Katanya terdapat isyarat semakin jelas ekonomi dunia mengalami kelembapan pertumbuhan serentak, bermakna negara-negara tidak boleh lagi bergantung kepada peningkatan eksport untuk mencatatkan pertumbuhan. "Ini menyebabkan kami mengunjurkan kemeseletan di beberapa negara," kata Nomura. Firma penyelidikan itu berkata, tahap kedalaman kemelesetan berbeza

Lonjakan Harga Gandum Cetus Krisis Kekurangan Makanan

Image
  Sumber Foto: KLIK Dokter Penganalisis/Disusun Oleh : MOHD EZLI MASHUT ANALISIS | Makanan ruji kedua terbesar selepas bijirin jagung dengan pengeluaran global pada 2021 berjumlah 776.26 juta tan menjadikan ia sumber karbohidrat penting penduduk bumi. China, India, dan Rusia ialah tiga pengeluar gandum individu terbesar yang menyumbang kira-kira 41 peratus daripada jumlah pengeluaran gandum dunia.  Amerika Syarikat adalah pengeluar gandum keempat terbesar walau bagaimanapun, Kesatuan Eropah, jika ia dikira sebagai satu negara, pengeluaran gandumnya melebihi mana-mana negara kecuali China. Pada April 2022, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menganggarkan Pengeluaran Gandum Dunia 2021/2022 menjadi 778.83 juta tan metrik, sekitar 0.31 juta tan lebih daripada unjuran bulan sebelumnya. Gandum (Jawi: ‏ݢندوم‎‎) atau terigu (Jawi: تريڬو‎) dikategorikan dalam famili rumput Poaceae merangkumi banyak spesies dalam genus Triticum spp.; tanaman ini diusahakan untuk mendapatkan biji benih yan

Bank Negara Unjur Pertumbuhan Ekonomi Pada 2022 Antara 5.3 hingga 6.3 Peratus

Image
    Sumber Foto: Wikipedia EKONOMI | Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2022 di antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus kata Gabenornya. Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata unjuran itu disokong permintaan dalam negeri lebih kukuh, permintaan luaran terus berkembang dan pasaran pekerja terus bertambah baik. Katanya, pertumbuhan juga menerima manfaat daripada pelonggaran sekatan, pembukaan semula sempadan antarabangsa dan pelaksanaan projek pelaburan. "Ekonomi dalam negeri dijangka terus bertambah baik tahun 2022, dengan pertumbuhan diunjurkan antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus seperti diumumkan pada Mac 2022. "Bagaimanapun, risiko terhadap momentum pertumbuhan Malaysia masih wujud. Risiko ini termasuk pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang semakin meruncing, gangguan rantaian bekalan yang semakin teruk, perkembangan buruk berhubung d COVID-19 dan ketidaktentuan pasaran kewangan yang