Lonjakan Harga Gandum Cetus Krisis Kekurangan Makanan
Sumber Foto: KLIK Dokter Penganalisis/Disusun Oleh : MOHD EZLI MASHUT ANALISIS | Makanan ruji kedua terbesar selepas bijirin jagung dengan pengeluaran global pada 2021 berjumlah 776.26 juta tan menjadikan ia sumber karbohidrat penting penduduk bumi. China, India, dan Rusia ialah tiga pengeluar gandum individu terbesar yang menyumbang kira-kira 41 peratus daripada jumlah pengeluaran gandum dunia. Amerika Syarikat adalah pengeluar gandum keempat terbesar walau bagaimanapun, Kesatuan Eropah, jika ia dikira sebagai satu negara, pengeluaran gandumnya melebihi mana-mana negara kecuali China. Pada April 2022, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menganggarkan Pengeluaran Gandum Dunia 2021/2022 menjadi 778.83 juta tan metrik, sekitar 0.31 juta tan lebih daripada unjuran bulan sebelumnya. Gandum (Jawi: ݢندوم) atau terigu (Jawi: تريڬو) dikategorikan dalam famili rumput Poaceae merangkumi banyak spesies dalam genus Triticum spp.; tanaman ini diusahakan untuk mendapatkan biji ...